Siapa punya kapal terbang? Tolong ambil balik

 
SHAH ALAM - Pemilik kepada tiga buah kapal terbang yang didakwa tersadai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diminta tampil dan mengambil semula pesawat mereka.

Menurut laporan Astro Awani, Malaysia Airport mengeluarkan notis mengenai hal tersebut.

"Jika anda gagal untuk mengambil semula pesawat ini dalam tempoh 14 hari notis dikeluarkan, pihak kami berhak untuk menjual atau melupuskan pesawat tersebut dibawah Akta Penerbangan Awam 1996.

"Wang tersebut akan digunakan untuk membayar caj dan hutang syarikat seperti dinyatakan dalam akta berkenaan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini," kata notis tersebut.

Pemilik pesawat boleh hubungi pegawai Malaysia Airport Sepang, Zainol Mohd Isa di talian 03-87766100 untuk maklumat lanjut.



Sumber: Sinar Harian

2 comments: