Poster Star Wars di China ada unsur rasis?

 Watak pelakon kulit hitam di poster Star Wars sebenar (kiri) dan poster Star Wars di China.

BEIJING - CHINA. Penampilan seorang pelakon Star Wars berkulit hitam yang dikecilkan saiz dari penampilan di poster Star Wars sebenar mengundang kritikan di Internet.

Menurut Laporan CNN, media milik kerajaan China bagaimanapun menafikan terdapat sebarang unsur rasis seperti yang diperkatakan orang ramai dan peminat filem Star Wars.

Imej pelakon kulit hitam tersebut, John Boyega yang juga seorang warganegara British telah dikecilkan dan imej pelakon Oscar Isaac, imeh watak Chewbacca dan Lupita Nyong'o's Maz Kanata telah dibuang.

Difahamkan, ini bukan kali pertama media di China dituduh bersikap rasis.

Awal tahun ini, karikatur presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bersama latarbelakang hutan savana di Kenya telah dicetak bersama kapsyen 'Balik kampung' oleh Global Times milik China.

People's Daily pula dikritik awal bulan ini kerana menggambarkan stereotaip warga Afrika dalam bentuk kartun sempena lawatan presiden China, Xi Jinping ke Zimbabwe.

Sementara itu, laporan Deloitte menyatakan China merupakan pasaran wayang terbesar di dunia pada 2014 dan diramal mampu mengalahkan pasaran wayang di Amerika Syarikat pada 2020.



Sumber: Sinar Harian

1 comment: