Pemancing tangkap ikan keli gergasi seberat 120 kg

 Yuri El Diablo Griseldi bergambar dengan ikan keli gergasi hasil tangkapannya. (Foto: Caters)
Tangkapan yang luar biasa! Seorang lelaki berjaya memancing seekor ikan keli gergasi dari sebuah sungai di Itali, yang beratnya mencapai 120 kilogram.



Ikan keli gergasi itu ditangkap Yuri El Diablo Grisenda di Sungai Po dekat Mantova, Itali. Lelaki  berusia 38 tahun asal Reggio Emilia itu mendakwa menggemari hobi memancing sejak 20 tahun lalu, namun belum pernah mendapat ikan sebesar itu.

"Saya tidak pernah melihat yang seperti itu. Ikan itu monster," ujar Yuri, seperti yang dilaporkan oleh Mirror.co.uk, Isnin (14/12/2015).

"Ini adalah ikan terbesar yang pernah saya tangkap - berat 120 kilogram benar-benar besar," sambung beliau.


Yuri menghabiskan masa sehingga satu jam bagi menakluk ikan keli itu.

"Memerlukan banyak kesabaran dan tenaga. Tetapi apabila melihat gambar-gambar saya dengan ikan itu, membuat semuanya terbayar," ungkap Yuri.

Spesies ikan keli dengan saiz terbesar adalah Mekong giant catfish, yang boleh membesar  hingga berat 350 kilogram.



Sumber: metrotvnews.com

1 comment: