Pekerja kafeteria cantik hebohkan dunia maya


Seorang pelajar universiti di China tiba-tiba menjadi terkenal setelah bekerja separuh masa di sebuah kafeteria di kampusnya.

Kerana kecantikannya, gadis yang dikenali sebagai Li itu  digelar 'Dewi Kafeteria' di media sosial Weibo.

Li kini sedang belajar di Universiti Yangzhou. Dia mula bekerja di kafeteria sejak seminggu yang lalu. Setiap hari Li akan melayan pelanggan makan tengah hari dan makan malam.

Gambar-gambar gadis cantik tersebut yang tengah melayani pelanggan di kafeteria tersebar luas di internet dan mengundang banyak kekaguman para netizen dari seluruh China.

Sejak kehadiran Li, kafeteria tempatnya bekerja sentiasa penuh manakala hasil jualan juga telah melonjak.

"Saya hanya kerja separuh masa, saya tidak pernah berfikir bahawa saya akan menjadi terkenal di Weibo," kata Li.




1 comment: