[Gambar] Dari Lombong Garam, Kini Jadi Taman Tema Bawah Tanah Pertama Di Dunia


Taman tema Salina Turda yang terletak di Transylvania, Romania, di mana taman tema ini dibina di bawah tanah pada kedalaman 120 meter yang berjaya menarik pelancong seramai 2 juta orang setahun.


 Salina Turda pada asalnya adalah antara lombong garam purba yang menakjubkan berada di Romania yang terkenal dengan lagenda Dracula di mana lombong yang diberi sentuhan menjadi taman tema dan muzium.

Selalu jika kita lihat dalam filem-filem Hollywood tempat seperti ini selalu dijadikan sebagai sarang penjahat atau pengganas, tetapi idea berkenaan ditukar kepada taman tema yang berjaya menarik perhatian ramai di samping menjana pendapatan negara Romania.


Lombong yang luas ini telah dibuka semula pada tahun 1992 sebagai daya tarikan pelancong di mana terdapat bahagian-bahagian bawah tanah seperti muzium, padang golf mini, boling dan biliard atau bilik santai futuristik dan bernafas dalam aroma kemasinan garam yang banyak memberi manfaat kepada kesihatan.


 Bahagian dalamannya pula kekal stabil dengan suhu 11 hingga 12 darjah Celsius dan 80 peratus kelembapan, membuatkan ia tiada sebarang alergen dan hampir tidak mengandungi sebarang bakteria, menghasilkan iklim mikro unik sebagai destinasi untuk mereka yang mengalami penyakit alahan pernafasan.


Muzium garam itu ada tiga bahagian lombong iaitu Terezia Mine yang wujud dalam bentuk kon luas dengan kedalaman sehingga 120 meter, diikuti Anton Mine pada 108 meter dan Rudolf Mine yang panjangnya 42 meter, disokong dengan pelbagai bilik dan dewan kecil yang digunakan ketika beroperasi.


Satu kawasan lagi telah dibagunkan sebagai taman teman di mana terdapat pulau terletak di tengah-tengah kolam atau lombong.

Menariknya, pembinaan ini adalah dilakukan dengan terancang di mana ia tidak merosakkan sturuktur sejarah yang terdapat pada lombong yang telah dibuka pada tahun 1690 ini.


Kredit - Siakapkeli.my


1 comment: