[Video] Lelaki sempat selamatkan kekasih ketika jatuh motor


Sesiapa yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi pastinya tidak terlepas daripada beberapa insiden, tidak kiralah kecil atau besar.

Satu video yang dirakam oleh penunggang itu sendiri menunjukkan bagaimana lelaki ini dan teman wanitanya terlibat dalam satu kemalangan kecil disebabkan permukaan jalan raya yang licin kerana hujan.

Meskipun keadaan sedang genting ketika itu apabila kedua-dua mereka tiba-tiba terjatuh, lelaki berkenaan masih sempat menarik teman wanitanya dan memeluk sehinggalah mereka berdua terhenti di penghadang jalan. -Siakapkeli.my


No comments:

Post a Comment