Seorang kanak-kanak pergi sekolah naik kereta kebal

 Kanak-kanak Ukraine ke sekolah naik kereta kebal. Foto: Mirror

Seorang kanak-kanak di Bandar Donetsk, Ukraine,dihantar ayahnya ke sekolah dengan menaiki kereta kebal. Ketika dia sampai di sekolah, rakan-rakannya kagum melihatnya keluar dari kereta kebal.

memetik laporan Mirror , Isnin (7/9), ayah kanak-kanak itu merupakan seorang tentera pro Rusia yang bertugas di Bandar Donetsk.

Rakan-rakan kanak-kanak itu kemudian mendekati dan menyentuh kereta kebal tersebut. Sebahagian ibu bapa murid kelihatan kagum dan menggunakan telefon bimbit mereka untuk mengambil gambar.

"Sangat jarang dapat melihat kereta kebal di sekitar sini. Tapi saya juga tak pernah melihat ada kereta kebal di sekolah. Saya fikir ini idea yang baik yang boleh membuat kanak-kanak lain kagum," kata Vitaly Dolgorukova, salah seorang bapa murid.

No comments:

Post a Comment