Jurukamera wanita biadap tahan kaki pelarian Syria dukung anak hingga terjatuh


SEORANG jurukamera wanita yang bertindak biadap menahan kakinya bagi menjatuhkan seorang pelarian Syria yang sedang mendukung kanak-kanak telah dipecat.

Wanita yang dicemuh pelbagai pihak itu merupakan pekerja siaran televisyen N1TV dari Hungary dan membuat liputan mengenai pelarian ketika bertindak biadap.


Berdasarkan gambar yang sempat dirakam oleh jurukamera lain, wanita berkenaan dilihat menahan kakinya untuk memastikan lelaki tua itu tersadung jatuh bersama kanak-kanak tersebut.

Pelarian dari Syria secara beramai-ramai bertindak melintasi sempadan Hungary-Serbia untuk mencari penempatan baru dan ianya menjadi krisis di eropah.


Tindakan jurukamera tersebut turut dikutuk dan menjadi topik panas di Eropah.

Sebahagian besar pelarian bagaimanapun berjaya ditahan pihak berkuasa Hungary semasa melintasi sempadan.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment