Dua Minions ditahan polis ketika menjual pisang di tepi jalan


Dua orang peniaga lelaki memakai kostum watak minions dari filem Despicable Me bagi menarik minat orang ramai terhadap pisang yang dijual mereka di  Zhengzhou, wilayah Henan, China Tengah.
 
Memetik laporan Tribunnews.com, rancangan mereka berakhir dengan masalah apabila ditahan pihak polis kerana berniaga secara haram di tepi jalan.


Demam minion melanda seiring kejayaan filem Despicable Me yang meraih box-office. Dalam filem bertema komedi itu, diceritakan makanan kesukaan minions adalah pisang.

Dua lelaki ini berharap dengan berkostum minions mereka akan dapat menarik ramai pembeli.

No comments:

Post a Comment