[Video] Sekumpulan burung membentuk wajah Presiden Rusia di langit New York jadi viral


Video sekumpulan burung ini dirakam oleh seorang wanita AS bernama Sheryl Gilbert ketika dia mengunjungi Kota New York dengan keluarganya.

Sheryl tidak pernah membayangkan formasi  burung yang dirakam tersebut membentuk  sebuah wajah manusia. Dia percaya bentuk wajah yang muncul itu adalah milik Presiden Vladimir Putin.

Suami Sheryl, Gregory West, kemudian memuat naik video tersebut ke Twitter.

"Kejadian itu terjadi beberapa hari yang lalu ketika perjalanan, dan ia kelihatan sangat luar biasa! Dapatkah Anda melihat wajahnya? Siapakah ini?" kicau Gregory dalam akun Twitter pribadinya.

Banyak spekulasi muncul mengenai  video tersebut selepas ia didedahkan. Ada yang menyatakan bahawa video ini telah diedit namun sebahagian lagi percaya bahawa video itu asli.

Rakaman video menakjubkan tersebut telah tersebar dengan cepat dan menjadi salah satu viral video di dunia maya. Bahkan,salah satu agensi berita Rusia, Zvezda, juga telah menayangkan video unik tersebut.

Berikut video formasi burung yang membentuk wajah Putin tersebut...


No comments:

Post a Comment