Cat gunung elak bala


CHONGQING - CHINA. Gara-gara terlalu obses dengan kepercayaan tertentu, seorang lelaki di daerah ini mengecat tebing sebuah gunung dengan cat bagi mengelakkan bala.

Yang Zhigang mengecat sebahagian dinding gunung dengan warna hijau kerana percaya warna asal gunung tersebut memberi pengaruh negatif dan membawa bala kepada rumahnya.

Zhigang mengupah enam pekerja untuk mengecat dinding gunung yang bekeluasan 2000 meter persegi dan berketinggian 900 meter dan mengambil masa seminggu untuk menyudahkannya.

Hanya sebahagian daripada gunung itu yang dicat, selebihnya tidak dicat.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat untuk mengenalpasti tahap kerosakan yang diakibatkan tindakan lelaki berkenaan.

Walaubagaimanapun, Zhigang menganggap tindakannya mengecat gunung berkenaan sebagai sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang.

"Saya rasa tebing gunung tersebut kelihatan lebih baik dan tiada yang salah mengenainya," katanya dipetik CRI.



Sumber: Sinar Harian

1 comment: