Pemandu bas menangis dibelasah nenek

Rakaman CCTV menunjukkan warga emas itu berkeras mahu pemandu bas berkenaan memberhentikan kenderaan tersebut.

FUZHOU - CHINA. Seorang pemandu bas menangis teresak-esak selepas menerima asakan pukulan dari seorang warga emas, lapor portal berita Shanghaiist.

Kejadian berlaku di Fuzhou, China baru-baru ini apabila seorang warga emas dikatakan menaiki bas yang salah.

Wanita tersebut kemudiannya memaksa pemandu bas tersebut memberhentikan bas tersebut sebelum membenarkan dia turun untuk mengambil bas yang lain.

Menerusi sebuah rakaman rakaman litar tertutup (CCTV) yang tersebar, pemandu tersebut dikatakan enggan memberhentikan bas dan hanya akan berhenti di hentian bas seterusnya.

“Pemandu tersebut yang enggan memberhentikan kenderaan tersebut memberitahu warga emas itu bahawa dia tidak boleh memberi arahan sesuka hati tanpa mengambil kira keselamatan dan keselesaan penumpang yang lain.

“Wanita itu mula berang dan mengetuk pintu bas menggunakan tongkatnya sebelum menghalakan tongkat tersebut ke pemandu bas itu.

“Tanpa belas kasihan, wanita yang merupakan warga emas itu mula memukul lelaki itu tanpa henti selain memberi amaran kepada penumpang lain supaya tidak menghubungi pihak berkuasa," kata laporan tersebut.

Insiden berkenaan dilaporkan berlaku sehingga 10 minit sebelum wanita tersebut diturunkan di hentian bas seterusnya.

Sebagai penamat bagi keseluruhan drama, wanita tersebut menujah bakul sampah ke muka pemandu bas tersebut; menyebabkan lelaki itu akhirnya menangis teresak-esak di steringnya.



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment