Gadis berusia 15 tahun ini mempunyai syarikat yang bernilai RM1.8 juta


CALIFORNIA: Bermula dari menjadi penjaga kanak-kanak sambilan, Noa Mintz yang baru sahaja berusia 15 tahun kini mampu berbangga kerana mempunyai sebuah agenda penjagaan kanak-kanak yang dinamakan sebagai Nannies by Noa.

Dalam usia semuda itu, pendapatan agensinya bernilai RM1.8 juta atau bersamaan dengan AS$500,000.

Noa kini mempunyai lebih 200 pelanggan dengan jumlah kakitangan tetap seramai 25 orang dan 50 orang lagi sebagai kakitangan sambilan.


Menceritakan permulaan kerjayanya, Noa berkata dia membantu rakan ibunya mengasuh kanak-kanak demi mendapatkan duit belanja sampingan.

Meskipun sudah mempunyai syarikat sendiri, Noa masih meneruskan persekolahannya dan terpaksa meminta bantuan seseorang yang dipercayai untuk menguruskan perniagaan dan urusan kewangan syarikat.



Kredit: SiakapKeli

No comments:

Post a Comment