Pengumpul Gambar Lucah Kanak-Kanak Dipenjara 199 Tahun


BANDAR MEXICO: Pihak berkuasa Mexico mendedahkan seorang rakyat Amerikat Syarikat dijatuhkan hukuman penjara 199 tahun selepas mengambil gambar lucah seorang kanak-kanak perempuan walaupun dengan persetujuan ibu mangsa.

"Lelaki itu ditahan di Manzanillo, sebuah negeri di barat Colima bagi kesalahan mengambil gambar seorang kanak-kanak sebelum menghantar koleksi imej itu ke negara lain melalui internet," jelas pendakwaraya.

Namun pihak berkuasa Mexico tidak mendedahkan nama lelaki terbabit dan juga usia kanak-kanak perempuan itu.

Selain dijatuhkan hukuman penjara, lelaki itu juga turut didenda sebanyak  $96,000.

Manakala ibu mangsa turut disabitkan dengan kesalahan kerana membenarkan mengambil imej-imej tersebut sejak kanak-kanak masih bawah umur 18 tahun.

Pejabat pendakwaraya khas telah mengumpul lebih kurang 4,000 muka surat dokumen yang berkaitan dengan pornografi kanak-kanak dalam tempoh lima tahun di Mexico.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment