Parah, Ahmad Maslan Dijadikan Permainan Video Untuk Android Pula


Semenjak GST dilaksanakan agak kecoh di laman sosial mempersoalkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri kewangan, Ahmad Maslan.

Berikutan rasa tidak puas hati sesetengah pihak dengan kenyataan-kenyataan beliau berkenaan GST kita dapat lihat di media sosial dan boleh dikatakan setiap hari akan muncul nama beliau.

Selain itu gambar-gambar beliau juga turut disunting dan dijadikan bahan jenaka dengan kapsyen-kapsyen yang menghina sesekali diselit dengan unsur-unsur lucu.

Bagaimanapun tidak cukup di situ sahaja. Terkini tersebar bahawa Ahmad Maslan dijadikan permainan video pula dengan tajuk MASLAN 3.85 Extended Version.

Melihat di Google Play Store, paparan hadapan permainan video tersebut menggunakan gambar zombie yang mana kepala disunting dengan gambar Ahmad Maslan.

Selain itu penerangan bagi permainan tersebut adalah seperti berikut.

Description

Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyaatan DUNGU oleh
menteri-menteri kita? Jangan risau..lepaskan kemarahan anda dengan
Maslan 3.85 Corrupted Version
Dunia makin suram...ekonomi kian menjunam. GST berleluasa.. Kerana maki
hamun dan kebencian mendadak rakyat jelata terhadap menteri yang suka
membuat spekulasi kurang cerdik.. maka satu sumpahan telah berlaku dan
lahirlah...Zombie Ketiak Hapak...... MASLAN 3.85 Corrupted Version.
Lepaskan rasa pilu dan marah anda dengan menangkap Maslan 3.85 sehingga
otak dia pecah dan kebingungan. Geram? Benci? Sakit Hati? Teruskan
menangkap beliau !

Kelebihan:

• Tidak menganggu aplikasi lain sediada.
• Tanpa bunyi boleh dimain tanpa disedari majikan anda.
• Mampu meningkatkan daya konsentrasi anda.
• Boleh hasilkan efek bunyi sendiri lain dari orang lain.
• Mengasah bakat menangkap Zombie anda.
• Menghala rasa tidak puasa hati anda ke aktiviti sihat.


Permainan yang dikeluarkan oleh VNBOX TRADING & SERVICES SDN BHD ini tidak pula kami tahu cara permainannya, tetapi berdasarkan pada gambar-gambar yang ada, pemain perlu menembak zombie-zombie dengan menekan pada skrin.

Bagaimanapun terdapat satu masalah pada permainan ini yang mana skrin hanya memaparkan latar belakang putih dan anda perlu memusingkan telefon pintar anda. 


Kredit: Siakapkeli.my

2 comments:

  1. Game Maslan 3.85 ni dah ada kat play store. Mgkin dah kena delete kot (inappropriate report). Ada sapa2 yg dah download game ni tlg upload kat internet. Guna apps Myappsharer utk extract smula apk yg dah install dlm hp.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak ada kat playstore.. typo error

      Delete