Kempen singkir Israel dari Uefa, Fifa

 Kempen 'Kick Israeli Racism out of UEFA - Foto Facebook Kick Israeli Racism out of Uefa

KEMPEN menyingkirkan pasukan bola sepak Israel daripada pentas bola sepak antarabangsa yang diberi nama Kick Israeli Racism out of  Uefa (Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah) mula dilakukan menerusi laman Facebook.

Tindakan itu dibuat berikutan kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Malahan, pemain bola Israel turut didakwa menindas rakyat Palestin walaupun di atas padang.

“Keahlian Persatuan Bola Sepak Israel (Fifa) Israel perlu digantung sehingga negara itu menghormati hak asasi rakyat Palestin dan berpegang pada undang-undang antarabangsa.

“Dengan cara itu sahaja, pemain bola sepak Palestin boleh bermain dan bersaing di peringkat antarabangsa.

“Pendudukan Israel ke atas Palestin telah memberi impak kepada sukan Palestin. Mereka (Israel)  telah mengehadkan pergerakan pemain di Tebing Barat,” lapor kenyataan yang disiarkan Facebook Kick Israeli Racism out of  Uefa.

Selain di Tebing Barat dan Gaza, mereka juga menghalang pemain Palestin daripada mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa.

Israel turut mengehadkan import peralatan sukan penting malahan pemain juga diganggu, ditahan, dipenjara dan dibunuh.

Sementara itu, kempen itu turut mendakwa pihak Israel secara terang-terangan mendokumentasikan penghinaan kaum di dalam dokumen rasmi bola sepak mereka.

“Pemain yang berasal dari Palestin menderita atas penghinaan itu dan mereka juga menyelar Palestin dengan sorokan: ‘hanya kematian untuk orang-orang Arab’,” kenyataan itu dipetik.

Dalam pada itu, pada tahun 2013, pemain bola sepak seperti Eric Cantona, Frederic Kanoute dan 50 peserta antarabangsa lain mencabar keputusan Uefa untuk mengadakan kejohanan Bola Sepak lelaki bawah  21 di Israel.

Kejadian itu telah menyebabkan aktivis hak asasi manusia mempersoalkan bagaimana sebuah organisasi yang jelas menggalakkan anti-perkauman boleh mengadakan kejohanan tersebut.

Namun Uefa masih merancang untuk mengadakan kejohanan bola sepak wanita bawah 19 selain akan meletakkan Israel sebagai tempat untuk perlawanan awal dalam Euro 2020.

“Di samping itu, Persatuan Bola Sepak Antarabangsa Fifa juga telah mengiktiraf beberapa pencabulan Israel dan mewujudkan pasukan Petugas bertujuan untuk memudahkan pergerakan pemain Israel.

“Ingatlah bahawa apabila Fifa menggantung keahlian FA Afrika Selatan antara tahun 1946 dan 1992, tindakan itu telah menyumbang kepada tekanan antarabangsa untuk menamatkan diskriminasi aparteid,” ulas kenyataan itu.

Laman yang diwujudkan itu telah mendapat 1221 Like dan terdapat petisyen orang ramai bagi menyokong kempen tersebut.

Sehingga kini, hampir 20,000 yang telah memberi sokongan.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment