Gambar makhluk asing ditemui di lukisan Mona Lisa?


 Beberapa peminat teori konspirasi mendakwa maestro ternama Leonardo Da Vinci menyembunyikan kewujudan kehidupan asing, dan "bukti" itu boleh didapati di lukisan Mona Lisa.

Laman Paranormal Crucible mendakwa telah menemui 'pastor makhluk asing' yang tersembunyi di sebalik karya Da Vinci.

Dalam sebuah video yang dimuat naik ke internet, Paranormal Crucible membongkar sosok makhluk misteri yang menunjukkan bentuk wajah, perhiasan kepala, jubah dan tangan.

Satu suara dalam video itu berbunyi: "Banyak ahli teologi meyakini Leonardo Da Vinci secara sengaja menyembunyikan kod-kod rahsia dan mesej tersembunyi di sebahagian besar karyanya.


"Jika ini benar, maka sangat munasabah untuk menganggap bahawa Mona Lisa dilukis untuk menyembunyikan fakta sejarah dan agama berkaitan kewujudan makhluk luar angkasa dan penglibatan beliau di dalam Gereja Roman Katolik."


Tidak ada maklumat lain berkaitan kewujudan makhluk asing di video tersebut. Paranormal Crucible mengaku menajamkan warna dalam video itu agar gambarnya lebih jelas.

Salah satu pengguna YouTube yang skeptikal mengulas: "Pastor makhluk asing? Agama apa yang dianuti makhluk asing itu?"

Terdapat beberapa peminat teori konspirasi yang menyokong Paranormal Crucible. Scott C. Waring, peminat konspirasi yang menjalankan laman UFO Sightings Daily, mengesyaki Da Vinci sebagai makhluk dari dunia lain.

"Kemungkinan bahawa Leonardo Da Vinci adalah makhluk asing atau separuh makhluk asing sangat tinggi," tutur Waring, seperti dilapor Mirror.co.uk, baru-baru ini.

"Dia menunjukkan semua tandanya. Dia sangat pintar, luar biasa di banyak bidang, dan menggunakan kemampuannya untuk menyelesaikan banyak karya," sambung beliau.

"Leonardo mampu beroperasi di semua bidang. Para genius tidak boleh luar biasa di semua bidang seperti Leonardo," tutur Waring.

Lukisan Da Vinci sudah sejak lama menjadi bahan spekulasi berkaitan kod dan mesej tersembunyi. Hal ini dijadikan asas untuk buku dan filem berjudul The Da Vinci Code.

Pada 2010, ahli sejarah mendakwa angka kecil dan huruf yang dijumpai di mata Mona Lisa berkemungkinan adalah kod rahsia.


Sumber: Metrotvnews.com

No comments:

Post a Comment