Wanita ini pakai baju besi bagi mengelak jadi mangsa gangguan seksual


Seorang wanita muda Afghanistan, Kubra Khademi, 27 , memakai sebuah baju besi berbentuk payudara dan punggung ketika berjalan-jalan di bandar Kabul. Baju tersebut untuk melindungi payudara dan punggungnya dari disentuh oleh lelaki.

Kubra bertindak sedemikian sebagai bentuk protes kerana tingginya kes gangguan seksual terhadap kaum wanita di negara tersebut bahkan dia sendiri pernah menjadi mangsa.


Pengalaman buruk Kubra yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual memberi ilham kepadanya untuk mencipta baju dari logam. Baju besi itu dibuat oleh seorang tukang besi tempatan dengan harga 576 afghani.

Namun, ada pihak yang tidak senang dengan tindakannya memakai baju besi itu dan mengancam untuk membunuhnya. Kubra juga dicaci dan dilempar batu oleh beberapa lelaki yang marah melihat fesyen wanita itu yang dianggap sengaja menonjolkan payudara dan punggung.

3 comments:

  1. Tapi kalau pakai di luar kelihatan lebih menarik perhatian org ramai. Lainlah kalau tertutup baju besinya... macam-macamlah manusia hari ini.

    ReplyDelete
  2. rocky the great brown unused dick says: elok bagi kat Puteri UMNO pakai

    ReplyDelete