Pemilik Tidak Kisah Lamborghini Gallardo Kemalangan, Akan Beli Sebuah Lagi


KERETA sukan jenis, Lamborghini Gallardo bernilai £150,000 (RM812,388) ini telah merempuh sebatang pokok sebelum terbabas ke tengah jalan dan menghentam bongkah konkrit di Leicestershire, England.

Akibat rempuhan kuat itu, tayar belakang sebelah kiri kereta tersebut turut tercabut dan mungkin enjinnya juga telah rosak.


Orang ramai yang berada berhampiran lokasi kemalangan bertindak menghampiri kereta tersebut untuk membantu pemandunya yang dikhuatiri mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, seorang lelaki muda yang keluar dari kereta itu hanya ketawa sambil melihat orang ramai dan memberitahu dia telah memecut selaju 320 kilometer sejam.


Lelaki itu yang kelihatan gembira kemudian memberitahu orang ramai bahawa dia tidak kisah dengan kemalangan tersebut akan membeli sebuah lagi Lamborghini Gallardo pada keesokannya.

Dia kemudian beredar dari situ dan tidak mempedulikan kereta sukan berkenaan.

Kejadian itu bukan sahaja mengejutkan orang ramai turut membigungkan mereka kerana pemiliknya akan membeli sebuah lagi kereta sukan sama yang hanya digunakan oleh golongan mewah.


Sumber: mstar.com.my

No comments:

Post a Comment