Ganas! murid tahun 4 pukul guru sekolah

Chen yang terpaksa dimasukkan ke hospital

GUANGDONG - CHINA. Seorang guru seni di sebuah sekolah rendah di Dongguan di sini terpaksa dimasukkan ke hospital selepas dipukul oleh seorang murid tahun 4 selepas bertengkar kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

Pertengkaran tersebut berlaku di Sekolah rendah Zhangmutuo, selepas guru seni, Chen menyuruh anak muridnya yang dikenali sebagai Bin menghantar kerja rumah yang diberikannya.

Namun secara tiba-tiba, Bin berdiri dan menarik rambut gurunya dan kemudian memukul kepala gurunya itu berulang kali. Bin kemudiannya menolak gurunya hingga terjatuh dan kemudian duduk di atasnya.

Murid lain yang berada di dalam kelas ketakutan dan berlari keluar dan beberapa daripadanya melaporkan kejadian tersebut kepada guru besar.

Ibu -bapa dan murid tersebut kemudiannya dipanggil ke sekolah.

Ibu bapa, yang datang dari wilayah Jiangxi enggan pergi ke sekolah dan menegaskan bahawa mereka hanya akan membayar pampasan kepada guru apabila mahkamah memerintahkan mereka untuk melakukan demikian.

Bagaimanapun, ibu -bapa murid terbabit menghantar buah tangan kepada guru malang tersebut di hospital.

Guru tersebut, Chen bagaimanapun enggan bercakap kepada pemberita, dan menegaskan bahawa anak muridnya itu masih di bawah umur dan dia tidak mahu menghebahkan perkara itu kerana dikhuatiri memberi kesan kepada masa depan kanak-kanak itu.

Sementara itu, memetik laporan Shanghaii, guru besar sekolah terbabit memberitahu, Bin sebelum ini turut memukul empat orang gurunya dan turut bergaduh dengan murid lain mengenai isu-isu remeh.

"Saya dan guru-guru lain menasihatkan ibu bapanya untuk menghantar anak untuk terapi, tetapi mereka enggan berbuat demikian,” katanya.



Sumber: Sinar harian

No comments:

Post a Comment