Vokalis Iron Maiden hidapi tumor di lidah


Vokalis kumpulan heavy metal Iron Maiden, Bruce Dickinson, dilaporkan mengidap tumor di lidahnya. Kejadian itu membuatkan peminatnya yang menunggu konsert jelajah dunia Maiden menjadi gelisah.

Penemuan adanya tumor di lidah Bruce Dickinson diketahui selepas vokalis berusia 56 tahun itu melakukan pemeriksaan kesihatan pada Disember tahun lalu. Bruce sempat melakukan kemoterapi dan rawatan radiologi untuk mengatasi tumor tersebut.

Tumor yang dihidapi Bruce Dickinson meresahkan peminatnya. Hal itu juga kerana Iron Maiden akan mengadakan konsert keliling Eropah pada 27 Mei hingga 5 Julai 2015 yang akan datang.

Lantaran Bruce mengalami masalah di lidahnya, pengurusan kumpulan tersebut meminta para peminat untuk bersabar. Ramai peminat Maiden di seluruh dunia yang resah dan melampiaskannya di twitter dan mendoakan Bruce agar cepat sembuh.

 Bruce Dickinson

Dalam satu kenyataan, band Inggeris tersebut menyebut, sakit yang dideritai Bruce bermula sejak tahun lalu sebelum perayaan Krismas semasa melakukan pemeriksaan rutin kesihatan.

"Kerana itu, pemeriksaan intensif dilakukan, akhirnya ditemui sejenis tumor di belakang lidah Bruce. Lalu dilakukan rawatan kemoterapi dan radiologi yang baru selesai semalam," sebut kenyataan itu seperti dikutip Daily Mail, Khamis (19/2/2015).

Mujur rumor tersebut dikesan dengan cepat. Kerana itu, pasukan kesihatan kemudian meminta agar Bruce menjalani rawatan menyeluruh hingga akhir Mei akan datang.

"Kerana itu, perlu waktu beberapa bulan hingga akhirnya Bruce sembuh," kata kenyataan tersebut.

Iron Maiden meminta kepada para peminat untuk tetap bersabar dan menghormati privasi Bruce dan keluarganya kini menjalani rawatan.

Bruce Dickinson merupakan vokalis yang mempunyai suara nyaring dan menjadi frontman walaupun sempat keluar dari Maiden pada tahun 1993, dan kembali menyertai pada 1999. Bruce juga terkenal sebagai vokalis yang bertenaga ketika konsert.

Bruce juga berkebolehan menerbangkan pesawat ini pernah memboikot acara muzik di Glastonbury lantaran terlalu borjuis.

Adapun, Iron Maiden terkenal sebagai band yang disegani di jalur heavy metal. Band ini sejak tahun 1975 telah menjual 80 juta keping album dan menerima pelbagai anugerah. Hal ini juga yang membuatkan kumpulan mereka paling berjaya sepanjang masa.

Maiden juga terkenal sebagai band yang kerap memuat aksi teatrikal ketika mengadakan konsertnya. Band ini mempunyai ikon, Eddie, yang kerap menjadi cover album mereka.



Sumber: Kompas.com

No comments:

Post a Comment