Majikan beri hadiah bermalam dengan bintang porno kepada pekerja cemerlang


Syarikat teknologi asal China, Qihoo 360 menawarkan hadiah untuk pekerja terbaiknya, iaitu bermalam dengan bintang porno terkenal. Hadiah tersebut diberikan untuk merayakan Tahun Baru China.

Bintang porno yang tawarkan untuk pekerja terbaik itu dikenali dengan nama Julia yang sudah cukup lama berkecimpung di dunia perfileman dewasa. Dia juga sudah melakonkan banyak filem porno dan menjadi bintang utamanya.

Dipetik dari akhbar Daily Mirror, Sabtu (7/2), pekerja syarikat berasaskan teknologi keselamatan ini merasa beruntung lantaran majikan mereka tak kedekut dalam memberikan bonus untuk pekerja terbaiknya.

"Biasanya pelbagai syarikat hanya menawarkan bonus berupa wang tunai kepada para pekerja terbaiknya, bahkan ada juga yang hanya mendapatkan baucar. Dan saya senang bekerja di sini," ujar salah seorang pekerja yang tak disebutkan namanya.

Selain tawaran bermalam dengan bintang porno, pekerja bertuah di syarikat itu juga  diberikan pilihan hadiah lain seperti bercuti lima hari di Bali, Indonesia atau kereta Porsche baru.



Sumber: Merdeka.com

No comments:

Post a Comment