Polis cari kereta curi namun menemui dua buah kereta kebal

Polis Sao Paulo, Brasil menemukan dua buah kereta kebal dalam sebuah gudang yang diserbu dalam operasi pencarian keretakereta curi. Foto: AP Photo/Andre Penner

Satu operasi polis Brazil di bandar Sao Paulo, Selasa (27/1/2015) untuk mencari kereta-kereta yang dicuri namun berakhir dengan penemuan benda yang lebih menarik iaitu dua buah kereta kebal.

Polis Sao Paulo berkata dua buah kereta kebal yang sudah tak mempunyai enjin itu ditemui di dalam sebuah gudang di kawasan Sacoma, sebuah penempatan penduduk miskin bandar terbesar di Brazil tersebut.

Selain menemui dua buah kereta kebal, polis juga merampas 500 unit televisyen, pelbagai jenis alat ganti kereta dan sebuah lori yang baru saja dicuri.

Tentera Brazil mengatakan bahawa kedua-dua kereta kebal tersebut bukan milik tentera negera itu dan asal usulnya harus disiasat dengan teliti.

Setakat ini polis belum menjelaskan dengan terperinci jenis kedua kereta kebal yang dijumpai dan usia kedua mesin perang tersebut.

Menurut laman UOL, anak-anak pemilik gudang yang diserbu polis itu berkata kedua kereta kebal itu mereka beli secara sah dalam sebuah lelongan pada 2003 dan mereka mempunyai dokumen untuk membuktikannya.



Sumber: Kompas.com

No comments:

Post a Comment