Gambar Selfie Ratu Cantik Israel Dengan Ratu Cantik Lebanon Cetus Kekecohan


Satu gambar 'selfie' oleh ratu cantik dari Israel telah menyebabkan kekecohan di Lebanon kerana bersama-sama ratu cantik Israel itu adalah ratu cantik dari Lebanon, Saly Greige.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh ratu cantik Israel tersebut yang bernama Doron Matolon ketika mereka dalam persiapan untuk pertandingan ratu cantik di Miami.

 Doron Matolon

Gambar itu telah menyebabkan orang memanggil Saly Greige sebagai pengkhianat dengan menyifatkan tindakannya itu seperti menyerah diri kepada musuh.

 Saly Greige

Beberapa warga Lebanon mendesak Saly Greige digugurkan gelarannya kerana mempunyai kenalan dari negara musuh.

Bagaimanapun, Saly Greige telah mempertahankan dirinya di Instagram dengan mengatakan Doron Matolon telah banyak kali mendesak untuk mengambil gambar dengannya dan akhirnya telah mencuri mengambil gambar itu


Sumber: SiakapKeli

No comments:

Post a Comment