Inilah perompak yang paling lucu dan gembira di dunia

 Foto: Orange

Perompak bank yang satu ini telah menghebohkan dunia maya bukan kerana tindakan nekad yang biasa dilakukan perompak, tapi kerana gambarnya yang nampak lucu.

Dia berjaya ditahan polis Denver di landasan kereta api ketika melarikan diri setelah cuba merompak sebuah bank di sebuah pusat membeli-belah.

Ketika polis mengambil gambarnya, perompak bernama Michael Whitington, 45, itu tersenyum lebar dengan giginya yang tidak teratur dan ekspresi mata yang sangat ramah.

Entah bagaimana gambar tersebut tersebar di sosial media dan gambar tersebut diberi gelaran "Foto perompak paling gembira di dunia" oleh pengguna media sosial.


Sumber dari okezone.com

No comments:

Post a Comment