Inilah gambar penampakan hantu wanita paling jelas

 
Foto menakutkan yang diambil bulan lalu di tanah perkuburan New Jersey. Menurut beberapa pengkaji paranormal, ia merupakan penampakan hantu paling jelas dari yang pernah ada.


Host rancangan paranormal di salah satu stesen radio terkenal di New Jersey, Mark Johnson, menyebarkan foto ini melalui akaun Facebook miliknya beberapa waktu lalu. Dia berkata pada rakan-rakannya bahawa gambar ini mungkin foto terbaik yang pernah dia dapatkan sepanjang sejarah kariernya.


Penampakan ini terjadi ketika tengah malam, dimana yang berjaya merakam sosok hantu dalam foto itu adalah anak sahabatnya saat mereka pergi melawat kawasan perkuburan Wantage, New Jersey.


"Tanpa keraguan, ini adalah foto penampakan yang luar biasa yang pernah saya lihat sepanjang sejarah. Tidak perlu penjelasan lain," ungkap Mark.


Foto ini memperlihatkan sosok hantu wanita tembus cahaya dengan pakaian pada zamannya yang kelihatan sedang duduk di atas sebuah nisan diantara batu nisan lain, sedang melihat kosong ke arah kegelapan.

Mark menjelaskan bahawa, anak yang mengambil foto ini boleh dipercayai dan telah melihat pada saiz dari wanita misteri itu, serta membandingkannya dengan saiz nisan.


"Dia adalah roh dengan saiz yang kecil, namun kami yakin bahawa tidak ada sebab-sebab gambar ini palsu," jelas Mark.


"Satu sebab mengapa saya kagum dengan foto penampakan hantu ini dan merasa bahawa foto ini bukan palsu kerana teman saya yang menunjukkan langsung pada saya gambar itu dengan telefon bimbit beliau. Dia dan anaknya tidak mempunyai alasan untuk memalsukan foto ini".


"Mereka tidak mencari publisiti dan mereka tidak mempunyai alasan untuk cuba memperbodohkan saya".


"Saya menghabiskan masa untuk melakukan pencarian foto di Google dan aplikasi foto hantu, juga mencuba salah satu aplikasi yang dikehendaki membayar $ 99 dan masih belum menemui  foto yang sama. Jadi, foto ini memang sebenar".


Foto penampakan sosok hantu wanita menyeramkan ini telah mendapat banyak perhatian dari orang ramai, khususnya di beberapa media sosial. Sebahagian besar sangat setuju penampakan ini adalah yang terbaik di tahun 2014.


Sumber dari viva.co.id

No comments:

Post a Comment