Seorang wanita berkahwin dengan dirinya sendiri

 
Seorang wanita asal kota London, Grace Gelder, telah melakukan sesuatu yang aneh iaitu berkahwin dengan dirinya sendiri.


Grace yang bekerja sebagai jurugambar itu berkata, dia mendapat inspirasi dari sebuah lagu yang dibawakan penyanyi asal Iceland Bjork berjudul "Isobel". Salah satu bait lirik lagu itu berbunyi "Saya Isobel, menikahi diri saya sendiri".


Grace melamar dirinya sendiri di bangku taman Parliament Hill, London pada November tahun lalu dan mengadakan majlis perkahwinan pada pertengahan Mac lalu. Majlis perkahwinannya diadakan di sebuah ladang di Devon yang dihadiri oleh 50 tetamu.

No comments:

Post a Comment