Video imej Putih 'Bergerak' Dirakam Di Balai Polis


POLIS di bandar Espanola, New Mexico berjaya merakamkan imej bergerak berwarna putih yang dipercayai 'roh' menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di jabatan itu.

Rakaman tersebut yang diambil Sabtu lalu memperlihatkan imej berwarna putih menyerupai manusia sedang bergerak di dalam balai polis itu.

Karl Romero, seorang pegawai polis yang bertugas pada waktu itu, melihat bayangan tersebut menerusi CCTV berjalan melalui pagar penjara.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, Karl bergegas melaporkan perkara itu kepada ketuanya.

"Pada awalnya, saya menyangka ia adalah lalat atau rama-rama, kemudian saya terlihat kaki dan ia menyerupai manusia. Ia bukan manusia tetapi hantu," katanya kepada sebuah stesen televisyen di Albuquerque. - mstar.com.my

No comments:

Post a Comment