Seorang wanita main biola semasa otaknya dibedah

 Naomi Elishuv (Foto: Metro)

Seorang wanita terpaksa berhenti bermain biola kerana didiagnosis mengidap penyakit saraf. Penyakit tersebut membuat tubuhnya gemetar tanpa kawalan hingga dia tak boleh bermain biola dengan baik.

Selepas 20 tahun berhenti bermain biola, wanita bernama Naomi Elishuv ini akhirnya menemui suatu cara untuk mengatasi penyakit yang dinamakan 'essential tremor' tersebut. Cara yang dimaksudkan pembedahan otak  'deep brain stimulation'.

Elishuv telah menjalani pembedahan ini di Tel Aviv Sourasky Medical Center, Israel. Seperti dikutip dari Metro.co.uk, Ahad (14/9/2014), dalam prosedur tersebut, satu-satunya tugas pasukan bedah adalah memasang pacemaker berupa elektrod di salah satu bahagian otak Elishuv yang bertanggung jawab terhadap munculnya tremor.

Uniknya, wanita yang pernah bersama dalam Lithuanian National Symphony Orchestra tersebut diminta bermain biola selama prosedur berlangsung agar pasukan bedah dapat memastikan mereka telah meletakkan elektrod tadi ke kedudukan yang tepat di otaknya sehingga tremornya dapat dihentikan.


Elishuv sendiri hanya diberi anestetik atau bius setempat supaya dia tetap berada dalam keadaan sedar selama operasi. Saat itulah dia bermain salah satu karya Mozart dengan biolanya.

Tak berapa lama kemudian Elishuv menjerit kepada pasukan bedah, "Aku boleh mengendalikannya!". Itu bererti pembedahan yang dilakukan Dr Yitzhak Fried dan rakan-rakannya berjaya dilaksanakan.

"Ketika kami berjaya mengaktifkan rangsangan di lokasi (otak) yang tepat, kami mendapati bahawa tremor pesakit hilang seketika dan Elishuv akhirnya boleh bermain (lagu) Mozart dengan penuh emosi tanpa terjadi getaran ataupun merasakan kesan sampingan pembedahan," kata salah seorang doktor bedah saraf yang mengambil bahagian dalam operasi Elishuv, Dr Fried.

Menurut pakar, setiap orang pasti mengalami tremor atau gemetaran di sekujur tubuhnya walaupun kepentingannya sangat kecil. Namun pada pesakit 'essential tremor', getaran yang terjadi di tubuh mereka begitu kuat sehingga mereka tak dapat melakukan aktiviti normal seperti menulis atau menaip, apalagi bermain biola.

Namun selepas menjalani pembedahan 'deep brain stimulation' berupa pemasangan elektrod dan simulator untuk menghalang gangguan pada otak yang menyebabkan tremor, Elishuv akhirnya boleh bermain biola kembali dan dia mengaku 'seperti dihidupkan sekali lagi'.

Dr Fried juga mengaku merasa beruntung boleh menikmati konsert persendirian dengan salah seorang pemain biola kelas dunia tersebut.


Sumber: detik.com

No comments:

Post a Comment