Rekaan pakaian pasukan berbasikal wanita Colombia memalukan


Pasukan berbasikal wanita Colombia A yang mengambil bahagian dalam salah satu daripada acara berbasikal tersohor di Itali telah menarik perhatian umum dengan pakaian yang mereka gunakan semasa acara tersebut.

Pakaian pasukan tersebut, yang ditaja oleh kerajaan bandar Bogota, diperbuat daripada kain yang mempunyai seakan-akan warna kulit di bahagian punggung.

Warna ini seolah-olah melihatkan yang wanita-wanita dalam pasukan berkenaan tidak memakai pakaian di bahagian bawah.

Gambar-gambar pasukan berkenaan telah menjadi hit di media sosial dan ramai yang mengutuk dengan mengatakan reka bentuk baju berkenaan tidak sepatutnya dibenarkan - SiakapKeli.com

No comments:

Post a Comment