Mr Bean kemalangan lagi

 
BINTANG Hollywood yang terkenal dengan aksi humornya, Rowan Atkinson terselamat dalam satu lagi kemalangan.

Atkinson, 59, atau lebih sinonim dengan watak humornya, Mr Bean dikatakan mengalami kemalangan ketika sedang berlumba di litar Shelby Cup.

Memetik laporan oleh Worldcarfans pada hari ini, Atkinson sedang memandu kereta jenis Ford Falcon Sprint 1964 ketika kemalangan itu berlaku.

Kemalangan tersebut tercetus sebaik dua kereta yang berada di posisi hadapan telah merempuh dan berlanggar sesama sendiri.

Atkitson yang berada di posisi belakang  tidak sempat mengelak dan merempuh kedua kereta tersebut.

Namun dia bernasib baik apabila tidak mengalami sebarang kecederaan semasa insiden berlaku dan Atkinson dikatakan keluar dari Falcon miliknya yang hancur akibat rempuhan tersebut tanpa sebarang kecederaan.

Sebelum ini, Atkinson pernah mengalami kecederaan serius melibatkan kemalangan jalan raya pada tahun 1999 dan 2011.


Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment