Jual isteri kepada pengamal ilmu hitam


Seorang lelaki Nigeria ditahan kerana menjual isterinya kepada pengamal ilmu hitam yang menginginkan seorang perempuan yang masih perawan. Namun transaksi jual beli manusia  di Plateau itu batal pada saat akhir setelah para dukun ilmu hitam mengetahui perempuan yang ditawarkan itu sudah berkahwin.

"Lelaki itu memujuk isterinya ke hutan dengan alasan mencari kayu api. Tapi sebenarnya mahu menjual isterinya dengan harga 5,000 dollar," Ungkap jurucakap polis Plateau, Abuh Emmanuel.

Emmanuel menambahkan, lelaki yang berasal dari kota Kwalla itu membohongi para dukun dan mengatakan perempuan yang dibawanya itu masih perawan dan sudah mendapatkan separuh wang yang dijanjikan.

"Saat para dukun mengetahui perempuan itu adalah isteri lelaki yang berjual-beli dengan mereka, mereka meminta perempuan itu pergi kerana dia tak boleh digunakan sebagai korban," lanjut Emmanuel.

Lelaki itu dan dua kawannya kemudian ditahan polis setelah perempuan yang dijual tersebut melaporkan perbuatan suaminya itu kepada polis. "Suspek kini kami tahan dan akan segera dibicarakan dengan dakwaan melakukan konspirasi kejahatan dan percubaan pembunuhan," ujar Emmanuel.


Sumber: kompas.com

No comments:

Post a Comment