Comel! Bayi berak atas bapa ketika bergambar


Kent – Seorang bapa mendapat kejutan daripada bayinya yang berusia empat hari ketika dia merakamkan detik-detik indah bersama anaknya yang dirakamkan oleh jurugambar profesional di sebuah studio.

Bayi tersebut, Ted yang dalam keadaan bogel telah berak di atas lengan bapanya, Al Ferguson ketika gambar mereka dirakamkan.

Al Ferguson, 26, yang terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa manakala kekasihnya, Jen, pula hanya mampu tersenyum.

“Saya dapat merasakan perut bayi saya bergerak dan kemudian secara tiba-tiba dia melepaskan `hajatnya’ ke atas saya ketika jurugambar Kirsty Grant sedang merakamkan gambar kami,’’ katanya.

Selepas pengalaman berharga itu, Ted kemudiannya dipakaikan lampin buang untuk sesi penggambaran seterusnya.

Al Ferguson kemudiannya memuat naik gambar berkenaan dalam blognya, dan kemudian gambar itu menjadi viral. - mynewshub.cc

No comments:

Post a Comment