5 momen paling bodoh dan pelik di Anugerah Oscar

 Berpakaian perempuan

Trey Parker dan Matt Stone mengejutkan ramai orang di Anugerah Oscar tahun 2000 dengan memakai pakaian perempuan seperti pakaian yang pernah dipakai Jennifer Lopez dan Gwyneth Paltrow.

 Membuat push-up atas pentas

Di tahun 1992, aktor Jack Palance memenangi Oscar kerana lakonannya dalam filem City Slickers. Uniknya, aktor yang berusia 73 tahun ini tak mahu dianggap sudah tua lalu melakukan push up dengan satu tangan di atas pentas.

 Berjalan atas kerusi

Aktor dan sutradara Roberto Benigni memenangi tiga kategori sekaligus dalam Academy Awards tahun 1999, iaitu Best Actor, Best Foreign-Language Film, dan Best Original Score atas filemnya, Life Is Beautiful. Kerana terlalu gembira, komedian ini berjalan menuju pentas dari atas kerusi-kerusi penonton.

 Bertelanjang atas pentas

Seorang jurugambar dan pemilik galeri seni, Robert Opel, 33 tahun, tiba-tiba muncul atas pentas dalam keadaan telanjang bulat dan menunjukkan isyarat “peace” dengan jarinya sesaat sebelum aktor David Niven membacakan pemenang kategori Best Pictures di tahun 1974.

Bercium di karpet merah

Selepas menerima Oscar bagi kategori Best Supporting Actress untuk filem Girl, Interrupted di tahun 2000, Angelina Jolie melakukan sesuatu yang kontroversi iaitu berciuman dengan adik kandungnya, James Haven. Jolie mengatakan bahawa mereka saling menyayangi (sebagai saudara).

No comments:

Post a Comment