Selebriti Hollywood kata rakyat Palestin layak mati


Los Angeles –  Joan River, pelakon komedi di Hollywood telah mengeluarkan kenyataan yang tidak berhati perut. Dia menyatakan penduduk di Palestin layak untuk mati.

“Mati? Kamu memang layak untuk mati. Kamu yang mulakannya. Jangan cakap harap saya akan bersedih kerananya,’’ itu jawapannya Joa River apabila dimaklumkan bahawa kira-kira 2,000 orang awam telah terkorban disebabkan kekejaman zionis.

River membuat kenyataan itu dalam satu rancangan televisyen. Dia juga menyamakan serangan di gaza seperti  serangan bom atom Amerika Syarikat di Hiroshima.

Dia juga mengatakan pejuang Hamas sebagai bodoh dan mempunyai IQ yang rendah.

Kenyataannya telah dikecam pelbagai pihak, terutamanya di Twitter. Sememangnya dia seorang yang pendek akal dan buta hati - SiakapKeli.com.

No comments:

Post a Comment