Nyanyian Semula Lagu 'Tanggal 31' Jadi Viral

 Elizabeth Tan menyanyikan semula lagu Tanggal 31 nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.

PETALING JAYA: Elizabeth Tan, penyanyi berusia 21 tahun yang menyanyikan semula lagu Tanggal 31 tidak menyangka klip video nyanyiannya di laman YouTubemenjadi viral di laman sosial.

Lagu Tanggal 31 adalah nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.

Menerusi e-mel kepada The Star, Tan berkata dia merakamkan video tersebut dan memuat naik di YouTube pada 20 Ogos lalu bagi membangkitkan semangat dan rasa bangga di kalangan rakyat Malaysia.

"Saya hanya mahu berkongsi semangat merdeka melalui platform ini dan hakikat bahawa ia telah dikongsi oleh orang ramai adalah bonus yang besar," katanya.

Sehingga berita ini ditulis, video tersebut ditonton lebih 20,000 kali dengan 738 daripada mereka menyukainya dan terdapat sepuluh penonton yang tidak menyukainya sejak ia mula dimuat naik.

Ditanya mengapa memilih lagu berkenaan, Tan berkata Tanggal 31 adalah antara lagu hari kemedekaan yang paling diminatinya.


 
Sumber: mstar.com.my

1 comment: