Kucing nakal curi pakaian jiran


KUCING peliharaan John dan Sharon Bowler boleh dianggap kucing nakal kerana gemar mencuri pakaian jiran dengan harapan pemiliknya akan kagum dengan kemahirannya itu.

Sejak Ghostie dipelihara lebih setahun lalu, ia telah membawa pulang ratusan pakaian yang diambil dari ampaian jirannya.

Menurut John, setiap kali Ghostie pulang ke rumah ia pasti membawa pulang pakaian jiran hingga menyebabkan mereka malu.

“Ia pernah bawa balik cawan kopi. Dalam tempoh sejam Ghostie boleh bawa tujuh sarung kaki dan baju kanak-kanak,” katanya dipetik Mail Online

Menurutnya, setiap hari juga dia dan isteri terpaksa memulangkan pakaian yang dicuri untuk dipulangkan.

Sumber: Sinar Harian

1 comment:

  1. eh... kuat pulak dia bawa ye. macam mana dia bawa balik (gigit kot hihi)..

    ReplyDelete