Guru masuk kandang singa mahu buktikan haiwan itu tak bahaya

ROXANA duduk di dalam kandang sejurus sebelum diterkam singa berkenaan.

Cusco (Peru): Seorang guru wanita nyaris maut dibaham seekor singa apabila cuba membuktikan haiwan itu tidak berbahaya.

Dalam satu lawatan sambil belajar, guru terbabit, Roxana Guevera Huaraca yang membawa muridnya mengunjungi Sarkas Monaco di sini, masuk ke kandang seekor singa.

Tindakannya itu bermula dengan tenang, tetapi berubah menjadi cemas tidak lama selepas itu.

Pelajar yang ketakutan melihat singa itu yang duduk di atas tangga kecil - menerkam guru mereka, dan mengheretnya mengelilingi kandang.


Kejadian menakutkan itu berakhir kira-kira 30 saat kemudian apabila seorang pekerja berjaya memaksa singa itu melepaskan Roxana.


Guru itu kemudian dibawa ke klinik berhampiran dan keadaannya dilapor stabil.

Keluarganya berkata, dia cedera di leher akibat digigit haiwan itu dan mungkin perlu menjalani pembedahan.

Pemilik sarkas enggan bertanggungjawab, sebaliknya berkata singa itu tergelincir, bukan menerkam mangsa.

“Ia kemalangan biasa. Singa itu sungguh jinak,” kata pemilik berkenaan.

Keluarga Roxana bercadang mengambil tindakan terhadap sarkas itu. - Agensi

myMetro

No comments:

Post a Comment