Foto percutian mewah Bill Gates dan keluarga


RINGKAS dan mewah. Begitulah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap percutian keluarga individu terkaya di dunia, Bill Gates di Sardinia, Itali.

Memilih kapal mewah sebagai pengangkutan percutian, aktiviti pertama Gates berlangsung ringkas dengan lelaki itu bermain tenis bersama ahli keluarga di sebuah pulau.

Gates kemudian menaiki helikopter untuk ke kapal mewah yang disewa sebanyak AS$5 juta seminggu.

Pengasas Microsift yang memiliki kekayaan sebanyak AS$76 bilion itu, dikatakan jarang bercuti bersama keluarga kerana sibuk menguruskan perniagaan.

Bagaimanapun kali ini, dia berkesempatan bergembira bersama isteri dan dua anak iaitu  Melinda Rory, Jennifer dan Phoebe.

Kapal mewah yang disewa itu memiliki kemudahan helikopter, bot, kapal selam mini, jetski selain kemudahan asas lain seperti sebuah hotel berteraf lima bintang di atas tanah.

Percutian empat sekeluarga terbabit turut dibantu oleh 52 kru kapal.

Antara selebriti yang pernah bercuti di lokasi sama ialah Puteri Diana, sebelum wanita itu maut dalam kemalangan. - mstar.com.my








2 comments:

  1. percutian mewah tak serupa org yg amat membosan kan !!

    what a poor rich man in the world !!

    money can buy happy thing but cannot buy happiness

    money can buy house but not a home

    This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete