Bumblebee mengemis di China kerana ingin balik ke planet Cybertron

 Foto:  HAP/Quirky China News/REX

Pengemis yang tidak diketahui identitinya itu mengenakan kostum Bumblebee berwarna kuning berdiri di tepi jalan di Chengdu, wilayah Sichuan, China.

Di kertas yang terletak di kakinya tertulis "Tolong sponsor aku 10 Yuan agar aku boleh mencari Optimus Prime, dan kembali ke planet Cybertron,"

Ada pejalan kaki yang kasihan memberikannya duit. Tidak diketahui berapa kos pembuatan kostum Bumblebee tersebut.

Akhirnya si Bumblebee tersebut ditahan polis kerana mengemis adalah menyalahi undang-undang di Chengdu.


No comments:

Post a Comment