(Foto) Helikopter Apache terhempas atas bangunan kediaman

TAIPEI - Dua juruterbang Taiwan terselamat dan hanya mengalami kecederaan kecil selepas helikopter tempur jenis Apache yang dipandu, terhempas di atas sebuah bangunan kediaman tiga tingkat di utara negara ini ketika melakukan latihan rutin hari ini.

Sumber tentera melaporkan, kedua-dua juruterbang berkenaan dihantar ke hospital tentera untuk dirawat ekoran kejadian di Taoyuan dan tiada orang awam mengalami kecederaan dalam insiden terbabit.

Tiada letupan atau kebakaran tercetus apabila helikopter ber­kenaan terhempas.

"Kemalangan terbabit berlaku apabila dua juruterbang itu menaiki helikopter Apache AH-64E ketika sesi latihan dan punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

"Sepasukan unit khas dihantar ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar," kata sumber itu.

Rakaman televisyen tempatan turut menunjukkan sepasukan anggota tentera menyiasat serpihan helikopter yang tersadai di atas bangunan terbabit.
 




No comments:

Post a Comment