Dua polis parah ditembak lelaki bertatu harimau di Ampang

ANGGOTA forensik memeriksa motosikal suspek.

Ampang: Dua anggota peronda polis (MPV) yang sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah parah akibat ditembak lelaki bertatu 'Harimau' di Lembah Maju di sini, sebentar tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, dua anggota polis terbabit menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki untuk melakukan pemeriksaan selepas mendapati dia berada dalam keadaan mencurigakan.

Kemudian, dua anggota polis itu melihat seorang lagi lelaki berada berhampiran suspek pertama yang cuba melarikan diri.

Menurut sumber, dua anggota polis terbabit mengejar suspek kedua sebelum lelaki di atas motosikal itu bertindak melepaskan dua tembakan ke arah mereka.


Tembakan pertama mengenai bahagian perut seorang anggota polis manakala tembakan kedua mengenai bahagian ari-ari seorang lagi anggota polis.


Kedua-dua suspek melarikan diri ke kawasan taman perumahan berhampiran.

Berikutan kejadian, polis melancarkan gerakan memburu dua penjenayah dipercayai anggota kongsi gelap itu.

Harian Metro

2 comments:

  1. jenayah semakin meluas nie

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Malaysia masih lagi aman kalau ikut kata menteri

    ReplyDelete