Calon kalah pilihan raya bawa senjata api ke rumah penduduk minta semula wang

 
Bengkulu: Seorang calon pilihan raya Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) di sini dilapor membawa senjata api ke rumah penduduk kampung untuk meminta semula wang yang diberikannya kepada mereka sebelum pilihan raya 9 April lalu.

Calon berkenaan yang hanya dinamakan MA oleh akhbar tempatan dikatakan berbuat demikian selepas mengetahui dia kalah dalam pilihan raya itu.


Dia sebelum ini dilapor memberi wang itu kepada penduduk kampung supaya mengundinya.

Seorang penduduk, To, 19, berkata, MA datang ke rumahnya kelmarin dan menuntut ibu bapanya membayar semula wang sebanyak Rp8 juta (RM2,268).


“Dia datang beberapa hari lalu untuk menuntut kembali wang itu. Tetapi ibu bapa saya tidak mempunyai wang sebanyak itu lalu mereka sehingga hari ini masih bersembunyi kerana takut dengan tindakan calon berkenaan,” kata To, semalam. - Agensi

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment