MH370: 600,000 orang teliti gambar satelit

 
Kuala Lumpur: DigitalGlobe, sebuah syarikat yang beribu pejabat di Colorado, Amerika Syarikat, menyatakan kira-kira 600,000 orang sudah meneliti gambar satelitnya untuk mengesan dan mencari bukti mengenai nasib pesawat MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu.

Berdasarkan laporan itu, syarikat itu akan mengemaskini perkembangan harian di laman web http://www.tomnod.com.

Orang ramai boleh melabelkan imej di laman web itu jika mereka melihat bangkai, rakit keselamatan, minyak tumpahan atau bukti lain mengenai pesawat berkenaan.

Pengarah Kanan Data Geopatial DigitalGlobe, Shay Har-Noy, berkata, gambar satelitnya sudah dilihat kira-kira 10 juta kali menjelang petang Selasa.


Har-Noy menggambarkan sambutan daripada orang ramai adalah menggalakkan hingga server syarikatnya mengalami gangguan.


Agensi-agensi kerajaan Amerika Syarikat juga mempunyai akses kepada imej-imejnya juga, kata laporan itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment