Catuan air di 71 kawasan, Jadual Pengagihan Air


KUALA LUMPUR: Sebanyak 71 kawasan membabitkan 60,185 akaun di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan mengalami catuan air berjadual hanya bermula Khamis ini hingga 31 Mac depan.

Pengarah Eksekutif, Pembangunan Teknikal SYABAS, V Subramanian berkata pengagihan air berjadual susulan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi.

Beliau berkata demikian pada sidang media Notis Pengagihan Air Berjadual di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang di sini, hari ini.

Kawasan terbabit dibahagikan kepada dua zon yang akan bergilir-gilir menerima pengagihan air selang dua hari mengkikut jadual.



 Jadual Pengagihan Air. Sumber SYABAS

Giliran mendapat air selama dua hari akan bermula dengan kawasan di Zon 1 Kuala Langat dan Sepang serta Zon 2 Hulu Langat pada 27 Februari ini.


Selepas itu, kawasan di Zon 1 Hulu Langat serta Zon 2 Kuala Langat dan Sepang akan mendapat air untuk dua hari bermula pada 1 Mac nanti.

Pada hari dijadualkan mendapat air, bekalan air disediakan pada jam 4 petang sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi dua hari selepas itu.

Bagi zon yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9 pagi pada hari dijadualkan tiada air sehingga jam 4 petang dua hari selepas itu.

Subramanian berkata, pengumuman SYABAS itu sekali gus menafikan kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa catuan air akan dimulakan hari ini.

Beliau berkata, ini kerana sebarang keputusan membabitkan rancangan pengagihan air berjadual perlu mendapat kelulusan Surahanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

"Pelan berkenaan mendapat kelulusan SPAN semalam, jadi memerlukan notis sekurang-kurangnya dua hari, justeru kenyataan Khalid bahawa catuan air bermula hari ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat khususnya pengguna terbabit," katanya.

WILAYAH HULU LANGAT
Zon 1


    Taman Juara Jaya
    Taman Bukit Belimbing
    Taman Sungai Besi Indah 1,2 & 3
    Taman Harmoni Indah
    Taman Puncak Utama, Seri Kembangan
    Taman Putra Budiman
    Taman Balakong Jaya
    Taman Seri Timah
    Taman Tanming Jaya
    Kawasan perindustrian Balakong
    Taman Industri Selesa Jaya, Seri Kembangan
    Taman Industri Balakong
    Taman Tanming Permai
    Taman Industri Lifong
    Taman Tanming Ria
    Taman Sungai Besi Indah Zon 1
    Juta Mines Kondominium, Seri Kembangan


Zon 2


    Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
    Taman Impian Ehsan Seri Kembangan
    Taman Desa Karunmas Seri Kembangan
    Kampung Baru Balakong
    Taman Kasturi Cheras
    Taman Sri Indah Cheras
    Taman Bukit Emas
    Taman Cheras Jaya
    Taman Impian Indah
    Taman Taming Indah
    Taman Sejati
    Taman Seri Sungai Long
    Taman Bukit Sungai Long
    Rumah Kenangan Cheras
    Taman Dutamas
    Taman Setia Kasturi Cheras
    AEON Cheras Selatan
    Taman Industri Balakong Jaya
    Taman Setia Balakong
    Taman Sinaran
    Kawasan Perniagaan Desaria, Seri Kembangan
    Dataran C180 Balakong


WILAYAH KUALA LANGAT & SEPANG
Zon 1


    Kampung Olak Lempit
    Kampung Bukit Changgang
    Kampung Labohan Dagang
    Selangor Dredging
    Taman Changgang Jaya
    Kompleks Perabut Olak Lempit
    RTB Bukit Changgang
    Bandar Sri Ehsan
    Bandar Mahkota
    Bandar Sungai Emas
    Taman Arked
    Taman Ambar
    Taman Sri Dagang
    Taman Langat Murni
    Taman Langat Utama
    Taman Murnimas
    Taman Seri Telok Datok
    Taman Sri Cheding
    Sekolah Tamil Sungai Sedu


Zon 2


    Kota Warisan
    Warisan Bestari
    Taman Bunga Raya
    Taman KLIA Indah
    Tiara Heights
    Taman Ixora
    Taman Dahlia
    Taman Seroja
    Taman Mawar ( Mawar 1, Mawar 2, Mawar Perdana, Emas Villa )
    Taman Kenanga
    Taman Desa Vista
    Taman Desa Bestari
    Salak Permai

Sumber: Harian Metro

1 comment:

  1. Moga semua penduduk diharapkan bersedia.

    Wah, blog dah berwajah baru. Tahniah!

    ReplyDelete