Liverpool serba menjadi


ENGLAND: Sentuhan Liverpool di babak kedua bagai serba menjadi untuk mengatasi Stoke City, 5-3, yang menyaksikan Steven Gerrard dan Daniel Sturridge - turun buat pertama kali selepas berehat panjang kerana cedera - meledakkan gol bagi membantu kemenangan pasukan mereka, di Britannia Stadium, awal pagi tadi.

Gerrard yang melakarkan gol keempat pada saingan liga menjaringkan gol menerusi penalti selepas penyerang muda England, Raheem Sterling dijatuhkan oleh pertahanan Stoke, kira-kira lima minit babak kedua bermula.

Tiada yang lebih gembira buat gandingan Reds apabila penyerang Liverpool dan England, Sturridge kembali dalam barisan utama selepas rehat kerana cedera sejak 23 November lalu.

Penyerang berusia 24 tahun itu tidak dapat diturunkan bagi sembilan perlawanan sebelum ini dan masuk menggantikan Philippe Coutinho, ketika perlawanan berbaki 25 minit.


Dia hanya memerlukan lima untuk memberikan kesan kepada lawan apabila gandingannya dan Luis Suarez memberikan kedudukan selesa 4-2 menerusi jaringan penyerang antarabangsa Uruguay itu.


Suarez kemudian membalas budi apabila melorongkan hantaran buat Sturridge yang melakukan helah di depan gol lawan untuk jaringan kelima buat Liverpool.






1 comment: