Liverpool ada kualiti


LUIS Suarez percaya Liverpool mampu kembali beraksi di saingan Liga Juara-Juara jika berupaya mengekalkan posisi Big Four sehingga akhir musim.

Menurutnya, penyokong The Reds berpeluang melihat aksi bertaraf dunia di Merseyside sekiranya Liverpool berada pada kelompok empat teratas.

"Perlu diketahui sejak dua tahun lepas Liverpool tidak boleh bermain di Eropah.

"Sekarang kita di landasan terbaik dan boleh melakukannya. Kami miliki pemain yang bagus dan andai berjaya menunjukkan prestasi terbaik, saya yakin kami akan digeruni lawan," katanya.

Penyerang Uruguay itu pernah meluahkan hasrat ingin meninggalkan Anfield sebelum saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula kerana The Reds seolah-olah tiada keinginan bermain di peringkat Eropah.

"Saya janji akan ubah senario. Harap peminat terus teguh berdiri di belakang kami," ujar Suarez.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment