Patung Al Pacino dari 117 ribu batang mancis


 Tomislav Horvat telah membuat patung Al Pacino yang melakonkan watak Don Michael Corleone dalam filem The Godfather tahun 1972. Dia membuatnya mengikut ukuran sebenar Pacino dengan menggunakan batang mancis. Patung itu dibuat dalam pose ikonik Don Michael duduk di sofa .


Tomislav memerlukan masa 19 bulan untuk menyelesaikan patung tersebut  dan setiap hari dia mengambil masa 8-10 jam. Total batang mancis yang digunakan sebanyak 117 ribu , namun paling banyak dipakai untuk membentuk sofanya iaitu 68 ribu.


Seniman berusia 24 tahun ini mengaku mempelajari teknik berkarya dengan mancis di sekolah seni . Sebelum ini dia telah membuat replika jambatan dari 7,500 batang mancis dan istana dengan 4,500 batang mancis .

" Aku menggunakan batang mancis api kerana murah dan boleh dengan mudah dibeli , " ucap lelaki asal Croatia ini . " Namun sangat sukar menggunakannya kerana tiap karya mempunyai cabaran berbeza . "

Sumber: wowkeren.com

No comments:

Post a Comment