Gara-gara peluk guru wanita, pelajar digantung sekolah setahun

Sam McNair (WISTV/nydailynews.com)

Georgia - Berniat menghibur dengan memeluk gurunya , seorang pelajar sekolah menengah di Amerika Syarikat telah dianggap mengganggu secara seksual . Remaja 17 tahun ini dijatuhi hukuman penggantungan tak boleh bersekolah selama setahun oleh pihak sekolah .

Pelajar itu adalah Sam McNair . Dia bersekolah di Gwinett County Public Schools di Georgia , AS.

Sam yang juga seorang atlet football dan lacrosse ini dianggap telah melanggar dasar gangguan seksual yang berlaku di sekolahnya . Kes ini kemudian dibawa ke persidangan .

Dalam persidangan terungkap bahawa Sam berjalan di belakang seorang guru yang tidak disebut namanya . Sam kemudian melingkarkan tangannya ke bahu gurunya . Tindakan Sam ini dirakam kamera CCTV sekolah .

Dari rakaman CCTV , kelihatan Sam mencondongkan badannya ke depan dan pihak sekolah mendakwa remaja ini mencium sang guru di bahagian leher . Sang guru berusaha menepis pelukan Sam dengan lengannya .

Membela diri , Sam menegaskan dirinya tidak pernah mencium sang guru . Remaja ini dan ibunya , April McNair menyebut keluarga mereka memang gemar memeluk .

" Saya tercengang , " ucap ibu Sam .

Dengan adanya penggantungan selama setahun , bermakna Sam tidak akan boleh lulus tepat masa bersama dengan rakan - rakannya yang lain . Menurut April , hal ini mengganggu masa depan anak lelakinya .

" Dia senior sekarang . Dia bermain football dan bersiap untuk perlawanan lacrosse , dan anda melucutkan peluangnya untuk mendapat biasiswa penuh bagi atlet untuk masuk universiti , " ucap April .

Sang guru mendakwa dirinya pernah meminta Sam untuk tidak memeluknya . Namun Sam membantah dengan tegas bahawa sang guru pernah menyampaikan hal itu kepadanya .

Sam menyatakan , dirinya hanya bermaksud menghibur sang guru . " Anda tidak tahu perkara apa yang dialami orang lain ? Sebuah pelukan mungkin boleh membantu , " tutur Sam .

Terhadap sekatan ini , ibu Sam menyatakan akan merayu kepada lembaga sekolah setempat .

Sumber: news.detik.com

1 comment: