Ayam bulu keriting dari China tarik perhatian netizen


Seekor ayam di China menarik perhatian netizen kerana penampilannya yang unik. Ia seperti baru saja keluar dari salon selepas mengkeriting rambutnya. Ya, ayam itu mempunyai bulu kerinting.

Ayam bergaya itu berasal dari sebuah kampung di wilayah Henan, China. Ayam tersebut mempunyai tubuh yang didominasi bulu kerinting seperti rambut. Warnanya yang berbeza membuat penampilan itu kelihatan semakin stylish.

Kerana penampilannya itu sekarang si ayam jadi terkenal. Padahal ia menetas dalam keadaan normal dengan bulu lurus pada April lalu. Menurut Zhang Yang, si pemilik ayam, penampilan normalnya berubah jadi kerinting ketika tumbuh dewasa.

"Dia kelihatan seperti bangsawan raja Louis XIV," komen seorang netter. "Semoga dengan begini ia tidak berakhir di papan pemotong," tambah yang lain. "Ah biasa saja."

Sumber: wowkeren.com

No comments:

Post a Comment